berita

Wanita Seksi ‘Catwalk’ Depan Replika Al-Quran Burukkan Imej Negeri

June 17th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Kecoh baru-baru ini berhubung video tular yang memaparkan seorang wanita melakukan aksi ‘catwalk’ di sekitar bandar Kota Bharu, Kelantan dengan pakaian mencolok mata.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ujian Setiap Orang Tu Lain’ – Sophia Albarakbah ‘Berbikini’ Di Pantai?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Leona Pakai Seksi Lagi, Netizen Dah Tak Kecam Tapi ‘Respect’ – ‘Dia Memang Kebal’

Menimbulkan tuduhan & fitnah

Memetik laporan Sinar Harian, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad memberikan respon beliau terhadap video yang tular itu dengan menegaskan bahawa tindakan wanita tersebut boleh menimbulkan fitnah terhadap agama.

Berpakaian tak sopan itu sudah terang-terangan salah dari segi hukum, malah tindakannya pula boleh menimbulkan tuduhan, ini yang dipanggil satu penyebaran fitnah.

Individu ini juga cuba memburuk-burukkan imej negeri dan agama apabila berpakaian tak senonoh berdekatan dengan al-Quran walaupun sekadar replika di pintu gerbang.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan supaya umat Islam seharusnya menjadikan ajaran agama sebagai pegangan dan perlu ada usaha untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi.

Jangan lagi dijajah dari segi pemikiran atau perasaan, sebaliknya perlu dominan dalam kehidupan ini dan tidak membiarkan pengaruh luar mendominasi kehidupan.

Hukuman adalah langkah terakhir sebaliknya paling penting usaha dakwah dan pendidikan semua pihak yang mesti diteruskan bagi membendung perkara sebegini.

Terdahulu, tindakan wanita yang dipercayai melakukan aksi ‘catwalk’ di Taman Hijau dan di hadapan pintu gerbang Al-Quran berhadapan Istana Balai Besar dengan berpakaian seksi telah mengundang kecaman dan kritikan dari pelbagai pihak.

Sumber: Sinar Harian

SKIP THIS AD ×