berita

Wanita Tayang Bulu Ketiak Raih Pendapatan RM47k Sebulan

October 24th, 2023 | by Hazirah
Kini Trending

Seorang wanita dari Worcester, Britain telah memperoleh lebih daripada £492,800 (RM47,000) dengan hanya menunjukkan bulu ketiaknya secara dalam talian.

Artikel Berkaitan: ‘Mereka Minta Cium & Hidu Ketiak Saya’ – Wanita Raih Pendapatan Lebih RM200k Sebab Simpan Bulu

Terima mesej ancaman

Menerusi laporan Daily Mail, Fenella Fox, sering menerima mesej yang mengancam keselamatannya dan dia juga telah diekori lelaki tidak dikenali (stalker) sehingga menyebabkan dia mengalami gangguan tekanan selepas trauma (PTSD).

Fenella yang mempunyai lebih daripada sejuta pengikut itu mula memuat naik foto berkenaan secara dalam talian kerana dia telah ‘muak’ dengan piawaian kecantikan wanita.

Tambah Fenella, dia mula menunjukkan bulu ketiaknya dalam talian sekitar enam hingga tujuh tahun yang lalu.

Saya berhenti bersolek, menggayakan rambut saya, bercukur dan biarkan badan saya berubah secara semula jadi.

Saya banyak bercakap mengenainya dalam talian dan tidak lama kemudian dikenali sebagai pempengaruh positif mengenai tubuh badan wanita.

Namun, wanita yang berusia 30 tahun itu turut menjadi sasaran ancaman keganasan serta seksual daripada individu yang tidak dikenali.

Saya sering mengembara dan salah satu reaksi paling teruk yang saya terima ialah seseorang memberitahu bahawa saya akan dihukum gantung di negara mereka.

Saya juga pernah dihendap ‘stalker’ pada Januari tahun ini serta sering menerima karangan panjang berjela daripada individu lain secara kerap.

Walau bagaimanapun, kebebasan kewangan yang dimilikinya juga memberikannya pelbagai pengalaman yang luar biasa termasuk mengembara ke seluruh dunia, bertemu model lain dan kerap menganjurkan acara yang membawa orang ramai bersama.

Sumber: Daily Mail

SKIP THIS AD ×