berita

Wanita Terpaksa Pakai Topeng Gas Muka Setiap Malam, Jiran Pentingkan Diri Sendiri Bakar Arang Batu

June 24th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: stuff.co.nz

Tindakan seorang jiran yang membakar arang batu dipercayai menjadi punca seorang wanita di New Zealand sukar untuk bernafas sehingga dia perlu memakai topeng muka gas setiap malam.

Pakai topeng muka gas setiap malam

Foto: stuff.co.nz

Menerusi laporan antarabangsa, wanita dikenali sebagai Svetlana bersama suaminya, Brian Cohen dikatakan berpindah ke kawasan berkenaan pada hujung tahun yang lalu dan menetap di dalam sebuah karavan. Bagaimanapun, hasrat mereka untuk membina sebuah rumah musnah berikutan terdapat jiran yang didakwa membakar arang batu.

Pekan kecil ini ibarat ruang yang dipenuhi gas kerana setiap kali keluar kami akan menghidup gas beracun itu.

Susulan daripada itu, suaminya bertindak menghantar mesej kepada jiran mereka supaya menghentikan pembakaran arang batu itu berikutan ia memberi kesan terhadap kesihatan isterinya. Namun, pesanan tersebut sama sekali tidak diikuti dan jirannya kembali membakar arang batu dan menyebabkab pasangan ini kecewa.

Sebagai solusi, pasangan ini turut melaporkan insiden yang berlaku kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi kesihatan namun aduan tersebut sama sekali tidak mendapat maklum balas.

Sumber: stuff.co.nz

SKIP THIS AD ×