berita

Wanita Ugut Bunuh Bekas Kekasih Guna Pedang Samurai

January 12th, 2023 | by Wahidah Othman
Kini Trending

Seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan mengugut bekas kekasihnya menggunakan pedang samurai kerana hutang berjumlah RM60,000.

Artikel Berkaitan: Ancam Bunuh Agong, Lelaki 30-an Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: Diugut Peminat Fanatik Lee Zii Jia, Pengulas Sukan Buat Laporan Polis

Ugut tikam sampai mati

Difahamkan, wanita berusia 32 tahun berkenaan berkhidmat sebagai anggota Jabatan Imigresen. Tertuduh, Anis Anuar telah mengugut dengan niat mendatangkan ketakutan kepada Mohamad Faizul Mohd. Fadli, 32, dengan kata-kata melampau.

Kalau aku jumpa memang kena tikam sampai mampus, suruh bayar semua duit aku dulu kalau tak aku bunuh dia. Bagitahu Faizul p****** itu kalau dia berani datang cari aku nak balas dendam lepas pasni, aku standby dengan (pedang) samurai’.

Sementara itu, tertuduh yang juga merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai seorang anak melakukan tindakan sedemikian kerana berang bekas kekasihnya yang bertugas sebagai pengawal keselamatan telah berhutang dengannya. Malah, difahamkan, tertuduh kini sedang menjalani rawatan psikiatri.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman. Berdasarkan pertuduhan, dia melakukan kesalahan itu sekitar jam 3 petang di pos pengawal Gate A, Lembaga Hasil Dalam Negeri, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), daerah Melaka Tengah pada 8 September 2022 lalu.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×