berita

Wanita Warga Emas Ditahan Polis, Simbah Asid Terhadap Tiga Beranak

July 10th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Beberapa hari yang lalu tular mengenai insiden tiga sekeluarga yang cedera parah akibat disimbah asid ketika berada di dalam lif sebuah pangsapuri di Gombak.

Artikel Berkaitan: Budak 6 Tahun Masuk ICU Selepas Terkena Asid Dibuang Jiran Tingkat Atas

Wanita warga emas ditahan

Terbaru, seorang wanita warga emas yang disyaki terlibat dengan kejadian tersebut telah pun ditahan oleh pihak polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Noor Arifin Mohamad Nasir memaklumkan suspek yang berusia lingkungan 60-an ditahan ketika satu serbuan dibuat di sebuah taman perumahan sekitar Rawang pada jam 4.20 petang.

Tangkapan sudah dibuat ke atas suspek namun punca kejadian kita akan cuba dapatkan selepas permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, esok (Isnin).

Terdahulu, video rakaman litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian itu menjadi tular dan mendapat perhatian wargamaya.

Difahamkan, sebelum tiga beranak berkenaan diserang asid, kedai perusahaan roti naan mereka hampir musnah terbakar dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat pada 9 Jun yang lalu.

Video

@ohbulanofficial |??Jangan tiru aksi ini | Didakwa insiden berlaku di Pangsapuri Laksamana Jaya, Batu Caves, Gombak, Selangor pada Rabu. Sumber: Majoriti #ohbulan #trendingnewsmalaysia #tigaorang #kena #simbah #asid #masuk #lif ? Suspenseful and tense orchestra(1318015) – SoLaTiDo

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×