Gambar sekadar hiasan
Seorang guru sekolah menengah telah mendedahkan tentang akhlak pelajar-pelajarnya yang sudah tercemar dengan gejala seksual dan lucah seawal usia remaja.
Artikel Berkaitan: Netizen Hantar Mesej Lucah Kait Nama Arwah Mak & Isteri, Ali Puteh Mahu Buat Laporan Polis
Artikel Berkaitan: Pelakon Berimej ‘Alim’ Kantoi Curang, Isteri Jumpa Mesej Lucah Di Telefon
Gejala ‘sexting’
Gambar sekadar hiasan
Menerusi laman Twitter, guru berkenaan mendakwa bahawa pelajar perempuan Tingkatan Satu di sekolahnya sudah mula terlibat dengan gejala ‘sexting’ iaitu perbuatan menghantar mesej tentang seks dan ternyata mereka masih lagi naif tentang perkara ini.
Teman lelaki Tingkatan 3. Yang sedihnya ialah, dia tak tahu kenapa benda tu bahaya dan salah. Dunia budak sekarang memang tanpa sempadan.
Dia juga meluahkan rasa sedih dan kecewa apabila ramai pelajar lelaki mengambil kesempatan dengan menghantar mesej-mesej lucah terhadap pelajar perempuan yang baru sahaja beralih dari sekolah rendah ke sekolah menengah.
Kemain tau guna perkataan ‘horny’. Lepas ini dia masuk sekolah menengah, tak tahu lah apa nasib budak tu.
Dalam pada itu, guru tersebut juga memohon agar isu ini diketengahkan oleh mana-mana pempengaruh kepada pengikut mereka di media sosial supaya kesedaran tentang hal ini dapat disebarkan.
Tolonglah mana-mana influencer yang remaja-remaja ini sebarkan awareness. Pelajar -pelajar ini tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, isu ini turut mengundang kebimbangan dalam kalangan warganet selain berharap agar pihak bertanggungjawab dapat membendungnya.
Sumber: Twitter