berita

Warga Emas Didakwa Rogol Kucing Sampai Mati – ‘Ternampak Perbuatan Keji Lelaki Dalam Keadaan Separuh Bogel’

April 19th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Tindakan seorang warga emas, 63, di Johor Bahru yang didakwa merogol seekor kucing milik penduduk di Taman Ungku Tun Aminah mengundang padah selepas dia ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian binatang tersebut.

Didakwa rogol kucing

Sekadar gambar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, lelaki itu telah pun ditahan di rumahnya kira-kira jam 11 malam dan ‘aktiviti jijik’ itu hanya diketahui oleh pemilik kucing tersebut selepas diberitahu oleh jirannya yang mendakwa melihat aksi itu. Susulan daripada itu, penduduk berkenaan bertindak memberitahu kepada pemilik kucing berkenaan.

Jiran kepada pemilik kucing itu dikatakan ternampak perbuatan keji lelaki berkenaan dalam keadaan separuh bogel di taman permainan di kawasan perumahan itu.

Jiran berkenaan menyergah lelaki berkenaan yang kemudiannya melarikan diri.

Sejurus lelaki itu melarikan diri, jiran tersebut mengambil haiwan tersebut yang dipercayai berada dalam keadaan nazak sebelum diserahkan kepada pemiliknya. Namun kucing tersebut dilaporkan mati selepas beberapa jam.

Polis lakukan siasatan

Sekadar gambar hiasan

Ujar sumber lagi, pemilik haiwan tersebut menanam bangkai kucing tersebut sebelum bertindak membuat laporan polis bersama anaknya.

Pihak polis juga melakukan siasatan termasuk mendapatkan kembali bangkai haiwan tersebut yang ditanam dengan bantuan daripada unit forensik dan Jabatan Veterinar Johor bagi tujuan bedah siasat yang akan dilakukan di Makmal Veterinar Salak Tinggi di Sepang, Selangor.

Lelaki itu bagaimanapun telah direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×