berita

Warga Emas Maut Dipukul Sebab Tanam Pokok Di Laluan Jiran

June 10th, 2022 | by khairil
Kini Trending

Sekadar gambar hiasan

Berpunca daripada perselisihan faham mengenai tanaman pokok berhampiran rumah. Seorang warga emas maut dipercayai dipukul jiran dengan kayu akibat pergaduhan tersebut. Kejadian yang dilaporkan berlaku di Jalan Kelochor, Kota Bharu itu dikatakan berlaku di laluan hadapan rumah suspek yang bertentangan dengan bahagian belakang rumah mangsa.

Pukul mangsa dengan sebatang kayu

Foto: Kosmo

Memetik laporan Kosmo, mangsa yang berusia lewat 60-an itu ditemui meninggal dunia di bahagian dapur rumah oleh isterinya. Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, pihaknya menerima panggilan berhubung terdapat satu kejadian pergaduhan melibatkan dua lelaki.

Suspek yang tidak berpuas hati mengambil sebatang kayu sebelum memukul mangsa yang tinggal bersama isteri dan seorang anaknya.

Mangsa mengalami luka dan bengkak pada bahagian belakang kepala selain kesan calar pada tangan dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk dibedah siasat.

Siasatan mendapati kejadian pergaduhan tersebut berpunca daripada perselisihan faham kerana menanam pokok di kawasan jalan sehingga menyebabkan kenderaan suspek sukar melalui laluan tersebut.

Tambah Muhamad Zaki, hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa adalah disebabkan serangan jantung dan pada masa sama berlakunya kecederaan yang menyebabkan kesakitan pada mangsa.

Susulan itu, pihak polis berjaya menahan suspek serta merampas sebatang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa. Ujian saringan air kencing ke atas suspek juga didapati negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

SKIP THIS AD ×