berita

Azlan Komeng Dedah Isteri Salah Faham, Lafaz Cerai Tak Sah – ‘Kami Sebenarnya Hanya Berselisih Faham Pasal Bisnes’

December 6th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Pelakon lagak ngeri, Azlan Komeng tampil menjelaskan perkara sebenar disebalik isu penceraian yang diumumkan oleh isterinya sendiri iaitu Nur Nilam melalui satu video yang dimuat naik di TikTok beberapa hari lalu.

Artikel Berkaitan: Orang Ketiga Punca Nur Nilam & Azlan Komeng Bercerai

Salah faham dalam bisnes

Ketika ditemui OhBulan!, Azlan atau nama sebenarnya Muhammad Azlan Kamiran berkata, berlaku sedikit salah faham antara dia dan isteri sewaktu melakukan perbincangan melibatkan hal perniagaan.

Menurut Azlan, dia sama sekali tidak melafazkan cerai dan pertengkaran yang berlaku itu telah menyebabkan isterinya menganggap dia sudah diceraikan.

Sebenarnya kami ketika itu sedang bergaduh mengenai perniagaan. Sekarang ini, kami sedang perlahan-lahan menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menyertai ‘event’ dan sebagainya.

Isteri saya ni pula dia ada cara dan jalan kerja tersendiri sebab dah terlibat dengan bisnes yang besar manakala saya ni bisnes yang kecilan sahaja. Waktu itu kami bergaduh mengenai idea dalam bisnes sebab saya ada jalan saya dalam bisnes dan dia ada jalan dia yang tersendiri.

Jadi, saya cakaplah dengan dia dalam keadaan marah, ‘Kau buat jalan kau, aku buat jalan aku’. Kebetulan pula waktu itu saya tengah marah, saya terus keluar rumah. Tapi isteri saya ni pula anggap saya ni menceraikan dia.

Lepas itu, dia terus buat kenyataan yang dah bercerai dengan saya angkara orang ketiga dan sebagainya.

Azlan berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada tayangan perdana filem Anak Perjanjian Syaitan 2 yang diadakan di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur pada malam Selasa.

Tambah Azlan, salah faham dari segi percakapan seperti itu boleh dikatakan sering berlaku kerana isterinya bukanlah berketurunan Melayu.

Apa yang ramai orang tak tahu ialah isteri saya ni bukan berketurunan Melayu. Dia adalah kacukan dari ibunya yang berasal dari Siam dan bapanya dari Sepanyol.

Dia pula belajar bahasa Melayu daripada bahasa-bahasa daripada buku yang kebanyakkannya memang baku dan formal.

Jadi dia akan selalu dalah faham setiap kali saya cakap bahasa yang tidak formal.

Lafaz cerai tak sah

Dalam pada itu, pelakon filem ‘Remp-It’ tersebut menjelaskan bahawa dia terus membawa isterinya ke mahkamah syariah bagi mendapatkan kepastian mengenai salah faham yang berlaku.

Selepas saya terkejut dia dah buat kenyataan tu, saya pun terus ajak dia ke mahkamah keesokan harinya bagi mendapatkan kepastian.

Saya terangkan pada Hakim mengenai perkara ini dan pihak mereka pun gelak mendengarnya.

Dan isu ini dah selesai sebab saya tak jatuh pun lafaz cerai jadi memang tiada isu penceraian antara saya dan isteri. Saya memang tak sebut langung perkataan cerai atau pun talak.

Untuk rekod Azlan dan Nilam mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022.

SKIP THIS AD ×