Sekadar gambar hiasan
Seorang wanita warga emas maut manakala suaminya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di Kluang akibat mengalami keracunan selepas menikmati hidangan ikan buntal dalam satu kejadian pada Sabtu lalu.
Maut makan ikan buntal
Sekadar gambar hiasan
Selepas menikmati hidangan tersebut, mangsa yang berusia 83 tahun mula mengalami sesak nafas dan menggigil sebelum dia dikejarkan ke hospital. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor iaitu Ling Tian Soo, gejala yang sama turut dialami oleh suami mangsa sejam kemudian.
Pasangan berkenaan dibawa ke Jabatan Kecemasan HEBHK pada 5 petang, namun mangsa disahkan meninggal dunia pada 7 malam, manakala suaminya dirawat di ICU.
Menurut sumber, pasangan terbabit membeli ikan buntal tersebut dari penjual melalui Facebook (FB). Ikan tersebut kemudian digoreng untuk hidangan tengah hari dan itu merupakan kali pertama mereka menikmati masakan berasaskan ikan buntal.
Sebanyak 15 kilogram ikan sudak dijual kepada masing-masing empat pelanggan di Chamek dan Paloh, dan seorang di Yong Peng pada hari itu. Selain pasangan terbabit, pelanggan lain belum memakan ikan buntal itu.
Siasatan lanjut mendapati ikan buntal segar itu diperolehi dari nelayan di Endau sebelum diambil oleh pemborong untuk diproses di Batu Pahat. Difahamkan, sampel ikan buntal daripada semua pembeli telah diambil dan dihantar ke makmal untuk tujuan analisis. Sehingga kini tiada lagi laporan kes baharu berkaitan ikan buntal.
Sumber: Harian Metro