berita

Warga Emas Mengaku Dah 22 Tahun Tak Mandi

August 3rd, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki berusia 62 tahun dari India mendapat perhatian ramai selepas mendedahkan bahawa dia tidak pernah mandi sejak lebih dua dekad lalu.

22 tahun tak mandi

Memetik laporan Oddity Central, warga emas terbabit yang dikenali dengan nama Dharamdev Ram dikenali di kampungnya di Baikunthpur hanya kerana tidak mandi selama 22 tahun. Meskipun tabiatnya pelik dan kelihatan agak ‘kotor’, tetapi tiada seorang pun penduduk kampung yang mengejek atau mempersoalkannya sebaliknya mereka memuji tabiat tersebut.

Hal ini kerana, Dharamdev Ram sudah berikrar dan enggan mandi sehingga keganasan terhadap wanita, pertikaian tanah dalam kalangan lelaki dan pembunuhan haiwan yang tidak bersalah dihentikan. Disebabkan itu, penduduk kampung menghormati keputusan Dharamdev Ram.

Pada 1975, saya bekerja di sebuah kilang di Jagdal, Bengal. Pada tahun 1978, saya telah dan menjalani kehidupan normal.

Pada tahun 1987, Dharamdev Ram menyedari pertikaian tanah dan pembunuhan haiwan di negara itu semakin meningkat dan pada tahun 2000, dia mula berikrar sehinggalah matlamatnya tercapai.

Jadi, untuk mencari jawapan, saya mendekati seorang ‘Guru’ dan dia mengambil saya sebagai muridnya. Dia memberi inspirasi kepada saya untuk mengikuti jalan pengabdian dan mula bermeditasi.

Menurut sumber, isteri Ram iaitu Maya Devi telah meninggal dunia pada 2003 dan beberapa tahun kemudian, anak lelakinya pula meninggal dunia namun dia tetap dengan pendiriannya menahan diri daripada mandi.

Sumber: Oddity Central

SKIP THIS AD ×