berita

Remaja India Pecah Rekod Memiliki Rambut Terpanjang Di Dunia

September 18th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Seorang remaja lelaki di Delhi dinobatkan dalam Rekod Dunia Guinness kerana memiliki rambut terpanjang di dunia.

Artikel Berkaitan: Bulu Kaki Masya Masyitah Jadi Sasaran Baru Netizen! Semakin Berani Tunjuk Perut

Rambutnya tidak pernah dipotong

Memetik laporan NDTV, remaja lelaki yang dikenali sebagai Sidakdeep Singh Chahal dikatakan tidak pernah memotong rambutnya sejak kecil hingga mencecah 4 kaki.

Dikatakan, remaja itu mencuci rambutnya dua kali seminggu dan menumpukan sekurang-kurangnya satu jam untuk proses mencuci, mengering dan mengikat rambutnya dengan teliti.

Ia akan mengambil masa seharian jika tidak dibantu ibu saya.

Menurut Rekod Dunia Guinness, lelaki berusia 15 tahun itu kebiasaanya akan mengikat rambutnya seperti sanggul dan menutupnya menggunakan dastar (serban).

Difahamkan, Chahal dibesarkan dalam keluarga sikh namun tiada seorang daripada mereka mempunyai rambut sepanjang itu.

Ramai saudara mara saya terkejut apabila mengetahui betapa panjangnya rambut saya, malah tidak percaya saya tersenarai dalam Guinness World Record.

Namun begitu, Chahal pernah diusik oleh rakan-rakannya semasa kecil apabila dia  mengeringkan rambutnya di luar rumah.

Saya tidak suka orang mempermainkan rambut saya.

Dalam pada itu, Chahal memberitahu bahawa dia tidak bercadang untuk memotong kerana menganggap ia sebahagian daripada identitinya selama ini.

Sumber: NDTV

SKIP THIS AD ×