berita

Warga Nepal Menangis Berpisah Dengan Keluarga, Warga Malaysia Beri Kata-Kata Semangat

June 20th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tidak dinafikan berpisah dengan keluarga tersayang merupakan satu momen yang sukar untuk diterima. Bagaimanapun pengorbanan tersebut harus dilakukan demi kebaikan bersama dan hubungan kekeluargaan tersebut sama sekali tidak akan terhenti di situ jika dijaga dengan baik.

Artikel Berkaitan: 16 Tahun Berpisah Selepas Ibu Bapa Bercerai, Pertemuan Dua Beranak Undang Sebak Netizen

Video sebak perpisahan

Seperti sebuah video dikongsi di laman TikTok, memaparkan momen sebak perpisahan antara seorang lelaki dan ahli keluarganya berikutan dia akan berangkat ke Malaysia dari Nepal.

Menerusi video dikongsi, dapat dilihat pemuda yang memakai baju berwarna merah jambu dan dikalungkan bunga pada bahagian leher gagal menahan sebak sebelum cuba ditenangkan oleh individu yang turut berada di tempat kejadian.

Namun, ketika artikel ini ditulis, tidak dapat dipastikan dia berangkat ke Malaysia atas tujuan kerja atau pun sebaliknya.

By by Nepal (Selamat tinggal Nepal), going into Mliysaiya (akan pergi ke Malaysia).

Akan merinduimu kamu.

Video yang lain pula, memaparkan lelaki ini seolah-olah cuba mengambil restu daripada beberapa orang wanita yang dipercayai ahli keluarganya.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah menerusi ruangan komen rata-rata rakyat Malaysia dilihat sempat memberikan kata-kata semangat kepada pemuda ini supaya tidak berputus asa dan video berkenaan meraih hampir 2 juta tontonan.

Video penuh:

@aavirajnayak2 @birendryadav598 @sm_ok_in_gk_in_g ? original sound – SkRAZZ Yadav. 12

@aavirajnayak2? original sound – Dhirubhai*Mannebhai

Rakyat Malaysia yang komen pula

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×