berita

Waris MH370 ‘Sound’ PrinceMeed – ‘Kau Setakat Pakai Google, Lepas Tu Claim Jumpa Jawapan. Itu B*d*h Namanya’

September 21st, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Sebelum ini tular pendedahan seorang YouTuber bernama PrinceMeed mendakwa pesawat MH370 kini berada di sebuah pulau kecil Diego Garcia yang terletak di tengah Lautan Hindi.

Artikel Berkaitan: Tular Gambar Wajah Terkini Mangsa MH370, Anak Tampil Beri Respon – ‘Dia Bukan Bapa Saya’

Artikel Berkaitan: Tular Video Wanita Berzumba Kononnya Di Diego Gracia, Netizen Malaysia Kena Tipu? – ‘Tu Gambar Lama Dekat Damansara’

Sejak daripada itu, beberapa foto yang didakwa mirip mangsa pesawat MH370 telah tular di media sosial namun seorang individu yang merupakan anak kepada salah seorang mangsa tampil menafikan bahawa gambar yang tersebar itu adalah bapanya.

‘ Kau setakat google, ambil buat konten’

Baru-baru ini, seorang lagi individu yang mengaku merupakan pewaris mangsa tampil menyelar kenyataan Youtuber itu. Malah dia menyifatkan PrinceMeed bersikap semberono dalam mencari kebenaran berkaitan MH370. Tambah individu ini lagi, ibunya yang sebelum ini ceria kini kembali termenung selepas tular mengenai pesawat MH370.

Benda ni dah sampai ke pengetahuan mak aku. Sampai mak aku yang selalunya dah boleh ceria sikit, tapi sekarang dia dah mula termenung balik. Kau nampak tak kesan apa yang kau buat pada keluarga aku. Kau ingat senang ke nak pujuk mak aku, nak bagi dia tenang balik.

Kau tak fikir. Kau setakat google, ambil dan petik konten lepas tu claim kau dah jumpa jawapan. Kalau macam tu, aku pun boleh buat. Kau setakat duduk dalam bilik, tak bercampur dengan dunia luar. Tak kaji sejarah lepas tu nak cakap pasal Diego Garcia. Kau memang tak tahu malu.

Orang Filipina memang muka Melayu

Dalam video tersebut, individu ini turut menjelaskan bahawa wajah-wajah yang didakwa merupakan mangsa pesawat HM370 itu sebenarnya adalah warga Filipina (Overseas Philippine Workers (OPW) yang sudah lama bekerja di bawah satu syarikat servis sokongan di Diego Gracia.

Orang Filipina memang banyak muka macam Melayu. Kenalan aku yang duduk Filipina pun dah sahkan benda ni. Memang orang Filipina. Kalau nak cari bukti, kena ada sumber dan sahih. Setakat sembang pakai google, tu bodoh namanya. Nak cari kebenaran tu tak salah, tapi bukan senang. Kalau tak ambil kira soal iman dan kewarasan, semua benda kau langgar dan percaya.

Dalam kesempatan itu, lelaki ini mendakwa bahawa individu dalam gambar yang tular itu bukanlah ahli keluarganya. Dia turut meluahkan rasa terkilan dengan tanggapan segelintir masyarakat yang mendakwa mereka sekeluarga menerima ‘pampasan’ untuk ‘mengunci mulut’ berhubung isu terbabit.

Kalau dah bukan ahli keluarga aku, memang bukan la, buat apa aku nak mengaku. Ada yang cakap tak nak mengaku sebab dah kenyang makan insurans, pampasan. Dari 2014 sampai sekarang, tu je modal orang nak kutuk keluarga aku. Hidup kami sama je, tak mewah pun.

Mak aku sampai sekarang sakit. Penat nak teruskan hidup macam ni, sebab mulut macam korang ni. Yang tak ada perasaan, cakap sedap ikut mulut. Tak hormat musibah orang. Benda tak jadi kat kau, memang senang cakap.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan siapa gerangan lelaki dalam video tular itu dan mengapa ianya dimuat naik oleh pihak lain.

Sumber: Facebook

SKIP THIS AD ×