berita

Watie Hanifiah Sedih Akaun IG Kena Gantung

January 15th, 2024 | by Hazirah
Kini Trending

Pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu mendedahkan bahawa akaun Instagram isterinya Watie Hanifiah digantung.

Artikel Berkaitan: ‘Secara Rasminya Akaun TikTok Saya Kena Banned’ – Uyaina Arshad

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Wajah Polos Watie Hanifiah – ‘Orang Baik Hati Macam Dia Tak Perlu Make Up Beria, Dah Berseri’

Sedih suara dia

Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Watie menelefon Shuib untuk memberitahu bahawa akaunnya digantung.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad mendedahkan bahawa Watie kini sedang bersedih disebabkan perkara yang berlaku kepadanya.

Dalam masa yang sama, pelawak berusia 39 tahun itu meminta pendapat serta bantuan daripada pengikutnya mengenai perkara yang terjadi kepada Watie.

Baru sekejap tadi Watie telefon,dia kata Instagram dia jadi macam ni,,,Sedihhhh sangat suara dia tadi.

Kesiannnn la hai mummy ni…Boleh bagitahu kenapa jadi macam ini dan macam mana nak buat? Boleh siapa-siapa bantu??? Komen atau DM saya ya. Terima kasih.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan pendapat serta menyatakan bahawa akaun Instagram menjadi seperti itu akibat melanggar peraturan.

Malah, ada juga yang turut bersedih dan mendoakan agar Watie mendapatkan semula akaun Instagramnya.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×