Usahawan, Watie Hanifiah mengakui terhibur dengan gelagat anak tirinya, Ariq Matin yang memberi kejutan sejurus dia pulang ke rumah, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: ‘Anak-Anak Saya Semua Jenis Beradab & Menghormati’ – Watie Hanifiah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Talita, Jaga Percakapan Dengan Watie – ‘Tak Elok Panggil Woi’

Matin romantik

Menerusi hantaran di Instagram, Watie atau nama sebenar Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkata, kejutan tersebut adalah Matin memberitahu dia sudah mengemas dan membersihkan rumah.

Menurut Watie, telatah Matin yang suka mengambil berat dan menghiburkan orang di sekeliling persis suaminya, Shuib.

Kalau mummy (panggilan Watie) keluar rumah daddy (panggilan Shuib) memang tak payah susah-susah dah nak tanya mummy balik pukul brapa. Sebab ada orang akan ambil alih tugas daddy, betul-betul anak ayah.

Memang perangai pun banyak ‘copy and paste’ daddy dia. Sampai ke perangai suka buat kejutan dekat mummy pun dan sama macam daddy.

Tapi Matin punya ‘suprise’ lagi hebat daripada daddy, sampai mummy masuk rumah nak pergi tandas pun dia tunggu depan pintu.

Dalam hantaran sama, Watie turut berkongsi tangkap layar memaparkan perbualan mereka berserta video Matin.

Momen mencuit hati itu juga membuatkan Watie secara berseloroh berkata, mana-mana wanita yang berjaya menambah hati Matin kelak pastinya bertuah.

Untungla siapa dapat anak Mmummy yang seorang ini. Dah lah hensem, sweet, romantik, memang pencinta wanita sungguh! Macam daddy dia.

Imbas kembali, Shuib dan Watie mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Shuib memiliki empat orang cahaya mata hasil perkahwinan pertama dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Uwais Al-Qarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan, 3 tahun.

Sumber: Instagram