berita

Watsons Buat Hal Lagi, Kali Ni, Diskaun sehingga 70%. Wow!

May 2nd, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Berita baik untuk kaki shopping tegar di Watsons, bermula 29 April hingga 5 Mei 2019, Watsons akan mengadakan Watsons 5.5 Online Shopping Festival di mana korang layak untuk menikmati tawaran hebat  sehingga 70%. Wow!

Eh..ada banyak lagi yang best. Nak tahu apa?

Barangan serendah RM5.50!

Wah, murah tu! Haa.. kalau korang nak tahu, setiap hari bermula 29 April hingga 5 Mei 2019, Watsons akan mengadakan Flash Deal pada jam 8 pagi sehingga 11 pagi dengan menawarkan pelbagai barangan dengan harga serendah RM5.50.

Terdapat juga pelbagai barangan berharga tetap yang ditawarkan pada harga RM15, RM25, RM35! Bukan itu je, korang juga berpeluang untuk merebut 3 barangan yang terpilih dan hanya bayar RM55 sahaja serta promo beli 1 percuma 1! Best kan?

Pada 5 Mei 2019 pula, Watsons akan menawarkan diskaun tambahan, penghantaran percuma dan tawaran istimewa lain untuk pelanggan setianya!

Jom rebut barangan berjenama di Watsons dan jimat sehingga RM100!

Haa..macam yang korang tahu, di Watsons juga ada pelbagai produk antarabangsa terkenal dan menariknya, produk-produk ini turut mengambil bahagian dalam Watsons 5.5 Online Shopping Festival ni!

Ini bermakna, korang berpeluang untuk dapatkan barangan seperti Bio-Essence, Biore, Cetaphil, Dove, Ensure, L’Oreal, Maybelline, NanoWhite, NH Detoxlim, Pantene, Pure Beauty, Alia, Safi serta Watsons Brand pada harga yang sangat berbaloi dan jimat sehingga RM100!

Kalau korang nak jimat lebih banyak, korang boleh menggunakan aplikasi Boost dan nikmati cashback bernilai RM5.50 apabila korang berbelanja sebanyak RM55 sepanjang promosi ini berlangsung. Tawaran ini terhad kepada 5,555 pembeli sahaja.

Menangi baucar Watsons sehingga RM550,000!

Untuk korang yang suka shopping online tu, jangan lepaskan peluang untuk memenangi baucar Watsons bernilai sehingga RM550,000 dengan menyertai Play & Win di aplikasi mudah alih Watsons.

Selain itu, dengan menggunakan servis Click & Collect Express dalam aplikasi mudah alih Watsons ni, korang boleh memilih untuk mengambil pembelian korang dari 413 kedai Watsons di seluruh Lembah Klang dalam masa empat jam sahaja. Kalau korang tak sempat dan malas nak keluar pun takde masalah, sebab Watsons juga ada menyediakan servis penghantaran ke rumah yang dijangka sampai dalam tempoh 2 hingga 5 hari sahaja. Mudah kan?

Watsons 5.5 Online Shopping Festival ni juga boleh didapati semasa Shoppe Super Brand Day yang mana akan berlangsung sehingga 5 Mei ini. Ada banyak baucar eksklusif, tawaran dan hadiah menarik yang korang boleh nikmati sepanjang promosi ini berlangsung!

Apa tunggu lagi, jangan lepaskan peluang ni guys! Jom serbu Watsons hari ini juga! Untuk maklumat lanjut, layari aplikasi mudah alih Watsons dan laman web Watsons. Kalau korang nak tahu info terkini, jangan lupa follow Facebook dan Instagram Watsons Malaysia. 

 

SKIP THIS AD ×