berita

Wawa Zainal Enggan Keterlaluan, Nama Jenama Sudah Cukup Dikenali

June 14th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Pelakon dan usahawan terkenal, Wawa Zainal enggan bersikap keterlaluan dan sengaja mencipta kontroversi di kaca televisyen untuk viral.

Artikel Berkaitan: Wawa Zainal Tak Halalkan Pendapatan Jual Produk Ciplak – ‘Jangan Curi Hasil Titik Peluh Orang’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aeril Zafrel & Wawa Zainal Kongsi Rezeki, Beri Air Percuma Kepada Orang Ramai

Nama cukup kukuh

Menurut Wawa, 32, tujuannya menaja program Big Stage musim kelima kerana ia sebahagian daripada strategi pemasaran.

Kata pemilik nama Nur Hawa Zainal Abidin, nama Wawa Cosmetics sudah cukup dikenali ramai orang justeru mereka tidak perlu ‘tergedik’ seperti penaja lain.

Matlamat kami menaja program ini jelas iaitu untuk memperkenalkan lagi Wawa Cosmetics. Alhamdulillah, sebelum menaja pun jenama kami sudah dikenali ramai dan kekal bertahan hingga kini.

Kalau ada yang cakap kenapa saya tak ‘kecoh’ macam penaja lain, prinsip saya mudah iaitu lain orang lain caranya. Saya fikir, nama saya dan Wawa Cosmetics sudah cukup kuat untuk orang tahu. Lagi pula, saya jenis yang memang tak pandai nak buat ‘hal’ yang bukan-bukan.

Kalau tengok sepanjang program pun, suami saya, Aeril yang banyak bercakap. Sesekali saja saya muncul di pentas. Itu pun atas tanggungjawab nak mempromosikan produk. Nak menari pun saya segan, apatah lagi nak buat perkara yang bukan-bukan depan orang ramai.

Kena guna dulu

Dalam pada itu, isteri kepada aktor Aeril Zafrel menyatakan mereka baru melancarkan produk terbaharu iaitu Complete Rejuvanating Beauty Essence. Katanya, dia mengekalkan prinsip menjadi pengguna terawal sebelum dijual di pasaran.

Semuanya bermula dengan saya dulu. Seperti biasa, sebelum dilancarkan memang saya gunakan dulu. Selepas melalui proses kajian dan penyelidikan (R&D), produk ini dikeluarkan juga.

Produk ini diperkaya dengan bahan utama seperti Whitening Probiotics dan salicylic Acid mampu membantu menyelesaikan masalah seperti kulit kusam tak bermaya, kulit kering, hyperpigmentasi dan juga masalah jerawat.

Seawal tujuh hari, insya-Allah, keyakinan diri lebih tinggi dan muka tak kusam lagi. Paling penting kena dapatkan yang asli di pasaran. Scan kod QR pada produk dan terus ke website pembelian.

SKIP THIS AD ×