berita

‘Well Said Love!’ – Rakan Artis & Peminat Beri Kata Semangat Buat Neelofa

December 27th, 2020 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Pengacara dan pelakon popular, Noor Neelofa, tampil menjawab segala spekulasi yang telah timbul mengenai dakwaan dirinya sudah bernikah di Kelantan, terkena minyak pengasih dan memindahkan duit ke akaun PU Riz.

Artikel berkaitan: Didakwa Putus Tunang, Neelofa Akui Keluarga Sedang ‘Berbincang’ Cari Penyelesaian

Menurut Neelofa, kesemua dakwaan tersebut adalah tidak benar sama sekali. Tambahnya, kedua-dua belah keluarga sedang dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian mengenai hubungannya dengan PU Riz. Susulan daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh Neelofa, rata-rata peminat dan teman baiknya menitip ucapan positif di ruangan komen.

Well said love!

Antara rakan artis dan kenalan rapat yang memberikan kata-kata semangat buat Neelofa di akaun Instagramnya ialah Puteri Sarah, Elvina Mohamad dan Anas Zahrin. Mereka memberi pujian buat Neelofa kerana tampil menjawab segala spekulasi dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Netizen ni lebih-lebih je

Di samping rakan artis dan kenalan rapat, peminat Neelofa turut memberikan kata-kata positif buat artis kesayangan mereka. Bahkan, ada yang meluahkan perasaan kecewa terhadap netizen yang ‘mengviralkan’ isu ini tanpa tunggu penjelasan Neelofa sendiri.

Sumber: Neelofa

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×