Pelakon dan pengacara Fahrin Ahmad kelihatan tidak dapat menahan air mata ketika mengendalikan program bual bicara, Wanita Hari Ini (WHI), semalam.
Artikel Berkaitan: Shuib Termenung Fikir Pasal Susu Anak, Syatilla Melvin Ada Tawar Diri – ‘Saya Nak Kena Tanya Ustaz Dahulu’
‘Menghayati Nikmat Syukur’
View this post on Instagram
Berbicara mengenai topik Menghayati Nikmat Syukur, segmen ini ditujukan terutama kepada individu yang sedang kehilangan insan tersayang.
Segmen ini turut memperingati pemergian penyanyi terkenal, Allahyarham Siti Sarah yang meninggal dunia pada Isnin.
Episod kali ini menampilkan beberapa tetamu undangan iaitu Ustazah Asni Mansor, ibu tiri Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi, penyanyi Azharina, pihak pengurusan Indigital Music, Norwati Abd Manan dan wartawan Berita Hiburan, Jaydee Mohamad.
Saya sebak..
View this post on Instagram
Fahrin atau nama sebenarnya Fahrin Ahmad, 42, berharap agar episod yang dibawakan kali ini sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan kekuatan untuk mereka bangkit meneruskan kehidupan.
Saya sebak..terkenang isteri, anak dan keluarga.. Apatah lagi berontak jiwa manusia yang lemah bila takdir tidak ikut kehendak hati.
Buat semua yang kehilangan.. Diduga dengan takdir yang pada batas akal dan perasaan manusia tidak menyebelahi kita.
Semoga petikan ini dapat memberi kalian semangat dan kekuatan untuk bangkit dan meneruskan kehidupan. Bersangka baiklah dengan Allah. Berdamailah dengan takdir.
Terdahulu, Siti Sarah yang hamil lapan bulan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) pada Isnin selepas melahirkan anak keempat dalam keadaan ditidurkan impak positif Covid-19 dan paras oksigen dalam badan yang tidak stabil.
Siti Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan mendapat tiga cahaya mata lain iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Sumber: @fahrinahmad_fa, @whitv3