Legenda bola sepak Brazil, Ronaldo Nazário menobatkan Lionel Messi sebagai GOAT selepas aksi memukau bintang Argentina itu pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2026.

Artikel Berkaitan: 104 Perlawanan Piala Dunia Boleh Tonton Percuma di RTMKlik? Ini Yang U Mobile Tawarkan

Artikek Berkaitan: Dari ‘Waka Waka’ Ke ‘Dai Dai’, Shakira Kekal Ratu World Cup

Messi ‘The Goat’

Sumber Foto: Al Jazeera

Pujian tersebut diberikan selepas Messi mencuri tumpuan dengan meledak hatrik ketika Argentina menewaskan Algeria 3-0, sekali gus memberikan permulaan sempurna buat juara bertahan itu

Menurut Ronaldo, persembahan yang dipamerkan Messi menjadi bukti bahawa pemain berusia 39 tahun itu berada dalam kelas tersendiri dan tidak perlu lagi dibandingkan dengan mana-mana pemain lain.

Sudah tiba masanya untuk dunia berhenti berdalih dan menerima hakikat dia (Messi) adalah pemain terbaik sepanjang zaman.

Messi membuktikannya pada setiap musim dan di pentas Piala Dunia, namun masih ada pihak yang meraguinya. Itu adalah malam bersejarah yang tidak akan dilupakan dan akan kekal dalam buku sejarah selama-lamanya.

Kemenangan di Kansas City itu bukan sahaja memberikan tiga mata berharga buat skuad kendalian Lionel Scaloni, malah menyaksikan Messi mencipta satu lagi detik bersejarah dalam kariernya apabila menjaringkan hatrik pertama di pentas Piala Dunia.

Lebih manis, tiga jaringan tersebut membolehkan kapten Argentina itu mengumpul 16 gol keseluruhan di kejohanan berprestij itu, sekali gus mengatasi rekod Ronaldo dan menyamai pencapaian legenda Jerman, Miroslav Klose sebagai antara penjaring terbanyak dalam sejarah Piala Dunia.

Persembahan cemerlang Messi turut memastikan Argentina tidak mengulangi episod hitam pada Piala Dunia 2022 apabila mereka dikejutkan oleh Arab Saudi dalam aksi pembukaan kejohanan di Qatar.

Selepas kemenangan meyakinkan ke atas Algeria, Argentina kini mengalihkan perhatian kepada aksi seterusnya dalam Kumpulan B menentang Austria dengan misi meneruskan momentum kemenangan dan mempertahankan kejuaraan yang dimenangi empat tahun lalu.

Sumber: Berita Harian