berita

‘Wow Amazing’ – TMJ Respon Isu Pasir Gudang Tidak Perlu Isytihar Darurat

March 15th, 2019 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Sebelum ini Menteri Besar Johor, Dato Osman Sapian dalam satu sidang media menyatakan keadaan pencemaran di Pasir Gudang masih dalam keadaan terkawal dan tidak perlu diisytihar darurat. Kesal dengan kenyataan itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pengisytiharan darurat sepatutnya dilakukan pada hari pertama bencana lagi.

Sepatutnya hari pertama dah isytihar – TMJ

TMJ yang hadir ke Hospital Sultanah Aminah melawat mangsa-mangsa pencemaran memberitahu penduduk perlu dipindahkan ke tempat lain sehingga keadaan kembali selamat. Dengan jumlah mangsa sehingga 2000 orang, tiada keperluan untuk darurat adalah sesuatu yang luar biasa.

Sekurang-kurangnya kosongkan kawasan

Di ruangan balas, netizen turut meluahkan rasa kesal dan takut dengan keselamatan ahli keluarga. Mereka berpendapat sepatutnya tindakan sewajarnya diambil untuk mengelakkan lebih ramai mangsa terjejas.

Sumber : HRHJohorII , HRH Crown Prince of Johor

The following two tabs change content below.