Seperti umum mengetahui, pasangan selebriti Awal Ashaari dan isterinya, Scha Alyahya kini menanti hari untuk menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.
Terbaru, pelakon cantik ini mengakui kehamilan kali ini memberikan pengalaman yang berbeza terhadap dirinya. Tetapi apa yang menjadi perhatian ramai adalah foto yang dikongsikan oleh Scha. Memang luar biasa!
Scha kongsi pengalaman hamil
Scha Alyahya menerusi akaun Instagramnya ada berkongsi satu foto menunjukkan ‘baby bump’ selain berkongsi pengalaman kehamilan keduanya. Scha memaklumkan bahawa dia sudah cukup bersedia dengan kehamilan tersebut.
Walaupun begitu, Scha mengakui berdepan dengan beberapa ‘masalah’ kesihatan seperti mengalami pedih ulu hati dan reflux asid sehingga membuatkan dirinya menjadi lemah dan kurang aktif.
InshaAllah baby will pop anytime harapnya. Sejujurnya saya fikir sudah cukup lakukan semuanya sebelum ini, saya rasa bersedia dengan kehamilan kedua saya. Boleh dikatakan bahawa ianya adalah berbeza dengan kehamilan pertama saya. Saya tak sangka keletihan ini memberikan kesan terhadap diri saya dan saya berharap ianya akan berlalu dengan cepat.
Cantiknya Scha!
Jelasnya lagi, pengalaman kehamilan adalah berbeza-beza tetapi kedua-duanya merupakan pengalaman yang sangat luar biasa dengan caranya yang tersendiri.
Tak seperti kehamilan pertama, agak mudah cuma first trimester je mencabar. Baby pulak sihat, terbesar pulak dalam perut ni. Doakan yang terbaik untuk saya & family and InshaAllah we will share the news with all of you soon.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen ramai rakan artis memuji kecantikan Scha Al Yahya. Menurut mereka, meskipun berbadan dua, tetapi penampilan pelakon ini sangat luar biasa. Malah, tidak kurang juga ada yang mendoakan agar urusan pelakon ini dipermudahkan dan semuanya berjalan dengan lancar.
Moga dipermudahkan
‘This is iconic’
Sumber: Scha Alyahya