berita

Wow, Shell & BonusLink Nak Bagi Ais Krim Dan Air Kotak Percuma! Macam Ni Caranya..

August 21st, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Selalunya bila jalan jauh ataupun nak balik kampung tu, wajib singgah Shell dulu untuk isi minyak dan beli jajan. Kalau admin, wajib beli keropok, coklat, asam dan air kotak. Barulah tak mengantuk bila nak drive nanti.

Eh..korang nak tahu tak, Shell dan BonusLink nak bagi korang ais krim Cornetto dan air kotak MILO UHT bila korang berbelanja di Shell tau! Mesti korang nak tahu macam mana nak dapatkan semua ni kan? Jom admin bagitahu!

Berbelanja di Shell dengan kad BonusLink dan tebus ganjaran menarik!

Untuk pengetahuan korang, bermula 17 Ogos hingga 27 September ini, korang boleh gunakan aplikasi atau kad mudah alih BonusLink untuk menebus ais krim Cornetto atau MILO UHT (200ml) dengan berbelanja minimum sebanyak RM40 di stesyen Shell seluruh negara. Bestnya!

Selepas 5 hari pembelian, E-baucar akan dihantar ke aplikasi BonusLink  untuk korang buat penebusan.

Nikmati ganjaran sehingga 3x ganda dengan BonusLink di Shell!

Berita baik buat ahli BonusLink, korang juga boleh menikmati bonus berganda sepanjang kempen ini berlangsung tau.

Ini bermakna, untuk setiap liter minyak yang korang isi atau setiap RM1 perbelanjaan di kedai Shell, korang layak untuk mendapatkan mata ganjaran sehingga 3 kali ganda!

Yeay..bolehlah tebus ais krim Cornetto atau air kotak MILO UHT banyak-banyak dan berkongsi dengan ahli keluarga dan kawan-kawan!

Payment & Loyalty | Shell Malaysia

Bukan ahli BonusLink? Jangan risau, korang masih boleh menikmati ganjaran menarik ni dengan mendaftar secara PERCUMA di stesen Shell berdekatan atau jadi ahli melalui aplikasi BonusLink!

Apa tunggu lagi, jom la ke Shell sekarang. Bila dah tebus ganjaran tu, jangan lupa belanja admin ais krim tau!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Shell.

Tertakluk terma dan syarat.

SKIP THIS AD ×