Terdahulu, nama Nissa Sabyan menjadi sebutan ramai di Indonesia apabila dia didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga pemain keyboard kumpulannya iaitu Ayus. Terbaru, isteri kepada Ayus didakwa telah membuat tuntutan cerai bersama suaminya.
Artikel berkaitan: ‘Kok Kamu Jahat Banget’ – Nissa Sabyan Dituduh Bercinta Dengan Suami Orang
Susulan itu, memetik laporan Kompas.com, adik kandung kepada Ayus bagaimanapun telah mengetahui hubungan yang terjalin antara abangnya bersama vokalis kumpulan Sabyan Gambus.
Sudah tidak serumah
Difahamkan, isteri kepada pemain keyboard kumpulan itu sudah mengetahui hubungan mereka namun, enggan mendedahkan kepada umum kerana tidak mahu isu rumah tangganya dibesar-besarkan.
Adik kandung Ayus Sabyan iaitu Fadhila Nova mendedahkan dia sudah mengetahui hubungan percintaan antara abangnya bersama Nissa Sabyan seperti mana diperkatakan netizen. Hubungan tersebut telah membuatkan isteri Ayus iaitu Ririe Fariuz nekad berpisah dengan suaminya.
Kes cerai terpaksa ditunda
Dengan berat hati saya mengatakan bahwa memang benar abang saya berselingkuh dengan Nissa Sabyan. Ya, benar mereka memang sudah tidak satu rumah lagi sejak Januari 2021.
Tambah Nova lagi, abangnya itu sudah tidak tinggal serumah dengan isterinya sejak bulan Januari lalu lagi. Ririe sudah membuat tuntutan cerai di Pengadilan Agama Jakarta Utara sejak Januari lalu. Namun, tidak kelihatan kehadirian Ayus pada perbicaraan mereka sehingga sidang terpaksa ditunda ke 3 Mac 2021.
Sumber: Kompas.com