Pelakon dan model muslimah, Alya Iman menjadi bualan hangat di media sosial apabila ada dakwaan mengatakan dia menjalinkan hubungan dengan suami orang.
Artikel berkaitan: ‘Alya Mohon Maaf’ – Didakwa Jadi Perampas Suami Orang, Ini Penjelasan Alya Iman
Terbaru, menerusi Astro Gempak, pelakon tersebut mendedahkan siapa teman lelakinya yang sebenar.
Dia teman lelaki saya
Menurut Alya, foto dia bersama seorang lelaki yang tersebar di laman sosial itu adalah teman lelakinya, Ridhwan Rosli. Tambahnya, Ridhwan merupakan seorang duda yang mempunyai dua orang cahaya mata hasil daripada perkahwinan sebelum ini.
Ya betul dia adalah teman lelaki saya. Nama dia Ridhwan Rosli. Dia sudah mempunyai dua orang cahaya mata iaitu seorang anak perempuan berusia lima tahun dan seorang anak lelaki, tiga tahun hasil daripada perkahwinan sebelum ini. Kalau ada rezeki dan kalau ada yang nak dikongsikan saya akan kongsikan. Sekarang ini terlalu awal untuk kata apa-apa.
Ujarnya lagi, dia mengambil pendekatan untuk tidak terlampau mendedahkan mengenai kisah percintaan mereka. Malah, dia tidak akan sembunyi sekiranya mempunyai perancangan untuk berkahwin.
Mohon maaf
Terdahulu, Alya mengakui sudah bertunang dengan seorang individu pada Februari 2020 namun telah memutuskan hubungan tersebut kerana kehadirannya tidak diketahui isteri pertama. Dia juga memohon maaf kepada semua pihak yang terluka mengenai perkara tersebut.
Sumber: Astro Gempak