
Pempengaruh dan usahawan, Khairul Aming menitipkan pesanan kepada orang ramai agar tidak melakukan perbuatan curang di restoran miliknya yang bakal dibuka pada Januari 2026.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tepis Dakwaan Rembayung Hanya Ambil Pekerja Melayu – ‘Saya Tidak Tapis Ikut Bangsa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mata & Telinga Dah Dilatih Untuk Dengar Komen’ – Khairul Aming Tak Sempat Rasa ‘Down’, Fokus Urus Bisnes
Jangan curang di Rembayung
Pemilik nama Khairul Amin Kamarulzaman itu memohon agar orang ramai memberikan kerjasama kerana dia tidak mahu berada dalam situasi sedemikian.
Menurutnya, sekiranya perkara itu berlaku, dia sebagai pemilik terpaksa menjawab pelbagai persoalan yang ditujukan.
Yang mana nak curang, jangan curang di Rembayung. Saya tidak mahu nanti ada suami atau isteri datang bawa telefon atau kamera rakam kejadian itu.
Saya tidak mahu ada dalam video yang tular itu nanti. Jadi, tolong jangan curang di Rembayung sebab nanti saya yang kena jawab.
Khairul Aming menjelaskan perkara itu selepas salah seorang pengikutnya bertanyakan tentang cara menyantau individu yang curang.
Sumber: Threads