berita

Yang No 1 Taruhan Kedua D’Bagindas

November 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

D'Bagindas

Minggu lepas telah berlangsungnya pelancaran album terbaru D’Bagindas, sebuah band dari Indonesia yang dianggotai oleh Dian Purnama (Tile), Dandy, Michael Christian (Mike), dan Beny Rianto (Bian).

22 November menjadi detik sejarah buat D’Bagindas apabila album kedua yang berjudul Yang No 1 dilancarkan secara rasmi di Hotel Royal Kuala Lumpur.

Menjadi artis di bawah naungan syarikat rakaman Suria Records (SRC), majlis pembukaan telah diserikan dengan persembahan daripada artis-artis baru antaranya Hazman, Qierra, Snapshot, dan Twinnies yang mendendangkan lagu ciptaan sendiri.

D'Bagindas

Selain itu, D’Bagindas tampil membuat persembahan yang memukau apabila mendendangkan beberapa buah lagu terbarunya semasa pelancaran album Yang No 1.

Bercakap mengenai judul lagu, D’Bagindas memilih lagu Yang No 1 ciptaan Michael Chistian sebagai nama album kedua, dimana mereka berharap agar lagu-lagu di dalam album tersebut menjadi nombor satu pilihan pendengar.

Selain daripada salah satu judul dalam album ini, judul album ini dipilih kerana ianya merupakan bahagian pertama daripada dua album yang ada

Mempertaruhkan kisah percintaan, album Yang No 1  menyajikan sebanyak 5 buah lagu yang disusuli dengan 3 buah lagu bonus track dan sebuah lagu hits yang dimasukkan kembali antaranya Ay, Hidup Tapi Mati, Maafkan, Sendu, Yang No 1, Marhaban Ya Ramadhan, Suka Sama Kamu, dan C.I.N.T.A.

Apa-apa pun, mari dapatkan album Yang No 1 yang asli. Kepada D’Bagindas, tahniah!

SKIP THIS AD ×