Foto: Sinar Harian
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman yang sebelum ini didakwa atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja di kediamannya pada 24 Mac lalu akhirnya menghembuskan nafas lega setelah dia terlepas daripada hukuman gantung sampai mati.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Wajar Kita Terus Menjenayahkan Kanabis’ – Yasin Sulaiman
Artikel Berkaitan: Anak Perempuan Yasin Minta Dinyanyikan Lagu Dari Belakang Tirai Besi Buat Ubati Rindu
Yasin syukur terlepas hukuman gantung
Memetik laporan Sinar Harian, Yasin Sulaiman meluahkan rasa syukur selain akui bahawa keputusan tersebut merupakan satu perkembangan positif bagi dirinya.
Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.
Dalam kesempatan itu, penyanyi nasyid berusia 47 tahun ini turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan, ahli keluarga serta setiap individu yang banyak memberikan sokongan dan kekuatan kepadanya.
Sementara itu, abang Yasin iaitu Zain Sulaiman memaklumkan mereka sekeluarga bersyukur dengan keputusan tersebut selain berharap agar rakan-rakan terus mendoakan yang terbaik buat Yasin.
Kami semua bersyukur dengan perkembangan kes ini, walaupun Aidiladha ini kami tidak dapat beraya dengannya, namun Alhamdulillah, kami lega dengan perkembangan kes yang Yassin hadapi ini.
Difahamkan, Yasin terlepas daripada hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja anggaran berat 214 gram.
Yasin bagaimanapun dituduh atas kesalahan miliki dadah jenis kanabis seberat 193.7 gram dan dituduh mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. Ia memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun penjara dan tidak kurang 10 sebatan.
Sumber: Sinar Harian