berita

Yasmin Hani Pilih Noah

November 25th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-11-25 at 10.54.37

Pada pagi 12 November yang lalu, Yasmin Hani telahpun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang hanya diperkenalkan sebagai Baby N.

Artikel berkaitan:

Sejak dari itu, ramai peminat mula meneka pelbagai nama yang dimulakan dengan huruf N. Namun teka-teki akhirnya terjawab apabila Hani mendedahkan nama sebenar bayi mereka di laman Instagram malam tadi.

Untuk pengetahuan anda, Hani dan suaminya, Sha’arin Razali Wong telah sepakat memilih nama Noah Ismail Wong untuk si cilik itu.

Screen Shot 2013-11-25 at 10.54.48

Menerusi foto itu juga, peminat dapat melihat kecomelan Baby Noah yang sedang nyenyak tidur sambil diapit ibu dan ayahnya.

Apabila diamati, OHBULAN! berpendapat wajahnya lebih mirip kepada Hani. Seperti kata orang-orang tua, anak lelaki biasanya lebih mengikut genetik si ibu.

Apapun, di sini kami sediakan beberapa foto yang dikongsikan oleh Hani sepanjang tempoh berpantang untuk tatapan anda.

SKIP THIS AD ×