Demi kebaikan anak-anak, pelakon Yasmin Hani memberitahu dia masih menjaga hubungan baik dengan bekas suami, Sha’arin Razali biarpun ada kala berlaku salah faham.
Artikel Berkaitan: Alif Hadi Kunci Mulut Hubungan Dengan Bekas Suami Yasmin Hani – ‘Nanti Jadi Spill The Tea Satu Malaysia Pulak’
Artikel Berkaitan: Yasmin Hani Mahu Nikmati Momen Bercinta Dengan Alif Hadi, Malas Fikir Pasal Kahwin – ‘Masuk 3 Tahun Kami Berkawan’
Berbaik demi anak
Menurut Yasmin, dia dan Sha’arin akan berkomunikasi setiap hari untuk urusan anak-anak selain mempunyai kalendar yang menyenaraikan jadual aktiviti mereka.
Memang perit getir, gaduh semua ada, sekat-menyekat pun ada tapi kita kena juga (baik) sebab aktiviti anak. Sebab anak-anak ada banyak aktiviti, nak pergi tusyen, bola dan lain-;ain.
Nak tak nak memang kena bercakap dan berkomunikasi setiap hari. Ikutkan ramai juga DM tanya macam mana saya buat (jaga anak bersama). Kalau dah tawar, letak tepi sebab dah ada closure.
Sekarang ini kena ada ‘goal’ iaitu anak. Kau nak keluar dengan sesiapa, ikut suka, aku keluar dengan siapa, kau tak ambil tahu. Lagipun kami ada satu kalendar yang kongsi semua jadual kami.
Yang penting, kena ada persefahaman. Walaupun dalam komunikasi itu bergaduh, kena balik bercakap, kena waras, mutual untuk anak-anak.
Yasmin ditemui ketika sidang media filem sekuel Duyung berjudul Duyung: Lagenda Aurora yang diadakan di Wetland Studio, Putrajaya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Yasmin bersyukur apabila perpisahan dengan bekas suami tidak memberi kesan buruk terhadap anak-anak.
Alhamdulillah, anak-anak semua okay. Sebab itu kalau ada bercuti pun, kami bercuti sama-sama. Kalau ada hal apa-apa pun, Sha’arin akan datang. Dia pun ada datang rumah nak tengok anak-anak.
Malah, ibu saya pun pernah tidur rumah dia. Kami semua masih rapat, macam dulu cuma hubungan suami isteri itu dah tak ada. Sebab kami nak buat selagi nampak normal.
Kami tak nak anak-anak rasa terkesan sangat. Alhamdulillah, saya rasa kami berjaya. Kalau nak tahu, rumah kami pun dekat sebab senang untuk apa-apa urusan anak.
Untuk rekod, Yasmin mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin yang juga pemain dram Blackrose pada 2015 dan berpisah selepas 10 tahun berkahwin berpunca daripada tiada persefahaman.
Perkahwinan mereka diserikan dengan dua cahaya mata lelaki iaitu Noah Ismail Wong, 10 dan Eissa Elzander Wong, 7.