

Pelakon dan pelawak Yassin Senario, berkongsi pengalamannya ketika ditahan di Jeddah, Arab Saudi enam bulan lalu.
Artikel Berkaitan: Yassin Senario Nafi Ditahan Sebab D*dah, Hanya Belajar Fasal Umrah Melalui YouTube – ‘Saya Tak Tahu Peraturan Di Sana’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lama Menyepi, Yassin Senario Muncul Dalam ‘Live’ TikTok..Peminat Tanya Bila Nak Balik Malaysia?
Pendedahan Yassin
Menerusi temu bual bersama Melodi, Yassin atau nama lengkapnya Yassin Yahya berkata, terdapat perbezaan dari segi penempatan pesalah di Jeddah dengan di negara ini.
Kalau lokap agak teruk di sana tetapi kalau penjara ada beza. Ada peluang kedua dan pesalah yang terlibat dengan dadah tidak dicampur dengan penjenayah lain.
Penjara dekat sana ada TV, tempatnya ada pendingin hawa dan duduk atas katil. Tak ada sangat tekanan untuk saya.
Tetapi saya tetap kena gembirakan diri, tak nak tunjukkan kesedihan.
Dalam masa yang sama, Yassin juga menafikan dakwaan bahawa dia telah menghafal 30 juzuk Al-Quran ketika berada di sana.
Mana ada saya hafal 30 juzuk, nak hafal dua surah pun susah. Cumanya adalah khatam Al-Quran satu dua kali.
Persahabatan Senario

Sementara itu, pelawak berusia 46 tahun tersebut juga berterima kasih kepada semua anggota kumpulan Senario dan isteri yang tidak pernah membuka aib mengenai dirinya sepanjang ditahan di Jeddah.
Saya ingin berterima kasih kepada abang-abang saya (Senario) kerana mereka sedaya upaya untuk menutup kisah saya.
Saya doakan kita sentiasa sihat dan kekal selamanya. Saya bersyukur kerana kita diberi peluang untuk bersama-sama.
Terima kasih juga pada isteri saya kerana menjaga aib suamimu.
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelawak ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah pada Oktober tahun lalu selepas disyaki memilik ganja.
Berita itu membuatkan ramai mengaitkan dengan Yassin kerana ketiadaannya dalam program yang melibatkan kumpulan Senario.
Sumber: Melodi








