Pengacara dan pelakon Yaya Zahir akui terkesan apabila mengenangkan tragedi helikopter terhempas di Long Lellang, Baram, Sarawak yang mengorbankan lima nyawa.

Artikel Berkaitan: Yaya Zahir Terima 10 Jahitan Di Tangan Sebab Terkena Serpihan Kaca

Terkenang detik cemas

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Zuhairah Zahir atau mesra dengan panggilan Yaya berkata, insiden tersebut mengingatkan dirinya kepada pengalaman ketika suaminya bertugas sebagai salah seorang juruterbang FDS.

Kongsi Yaya, dia pernah berdepan situasi cemas apabila apabila gagal menghubungi serta mengesan keberadaan suaminya ketika sedang bertugas.

Jelasnya, dia menghubungi Kapten Zainol Afiq Bee Sham sendiri bagi mendapatkan kepastian mengenai lokasi suaminya.

Sehingga kini saya masih terfikir mengenai kejadian helikopter terhempas itu. Kejadian itu merupakan antara ketakutan terbesar saya ketika suami bekerja di sana sebagai salah seorang juruterbang FDS.

Setiap kali dia terbang, saya akan rasa cemas dan alami anxiety.

Pernah satu ketika saya langsung tidak dapat mengesan suami dan ketika itu saya sampai menghantar mesej kepada Allahyarham Kapten Zainol sendiri untuk bertanyakan lokasi suami.

Begitulah menakutkannya pengalaman tersebut.

Dalam pada itu, Yaya turut menzahirkan rasa hormat yang tinggi terhadap mangsa korban yang menjalankan tugas dalam bidang berkenaan selain meluahkan simpati terhadap keluarga mangsa yang kehilangan insan tersayang.

Begitu besar rasa hormat saya terhadap apa yang mereka lakukan dan hati saya sangat sedih memikirkan apa yang sedang dilalui oleh keluarga mereka ketika ini.

Sumber: Threads @yayazahir