berita

Yazmin Aziz Sedih Foto Berbikini Jadi ‘Highlight’, Bukan Persembahan Di Monaco

June 7th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Sebelum ini, nama penyanyi Yazmin Aziz menjadi bualan warganet selepas memuat naik foto memakai bikini di Instagram (IG) pada Mei lalu.

Penampilan bikini jadi ‘story’

Terbaru, Yazmin tampil meluahkan rasa kecewa dengan segelintir media tempatan yang menjadikan penampilan berbikini di Sabah itu sebagai berita sehingga mengundang kecaman netizen.

Kata bekas peserta Big Stage musim keempat, tindakan itu berbeza dengan media luar negara yang memfokuskan pencapaiannya membuat persembahan di Minggu Fesyen Monte Carlo.

Kesedihan sebenar. Media Malaysia mengkritik tentang apa yang saya pakai (bikini) ketika di Sabah.

Sedangkan pada masa sama beberapa media asing berkongsi video tentang kejayaan saya mengadakan persembahan di Minggu Fesyen Monte Carlo di Monaco.

Peminat bagi semangat

Luahan perasaan di Twitter itu telah menarik perhatian peminat pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz untuk meninggalkan pelbagai reaksi.

Rata-ratanya memberi kata semangat agar gadis berumur 21 tahun ini tidak putus asa dan fokus terhadap kerjaya seni.

Media tempatan lebih sukakan kontroversi berbanding pencapaian awak. Sangat biasa.

Jangan biarkan media mengawal awak. Saya bangga dengan awak.

Abaikan Yazmin. Tonjolkan apa yang awak ada (bakat).

Sumber: Twitter @YazminAziz

SKIP THIS AD ×