Biarpun sudah empat bulan isteri kepada penyanyi Yonnyboii iaitu Nik Nazira tidak berhijab namun masih ada komen berbaur negatif daripada netizen yang kurang senang dengan imej itu.
Artikel Berkaitan: Isteri Tak Bertudung, Yonnyboii Okay Ja – ‘Saya Dan Dia Masih Muda Lagi’
Dunia terbalik..
Menerusi Instagram Stories, Yonnyboii meluahkan rasa pelik dengan netizen yang lebih mengangkat pasangan bercinta daripada suami isteri yang sah di sisi agama.
Tegas penyanyi berumur 24 tahun ini, dosa sesama manusia perlu mendapatkan keampunan daripada individu yang terlibat.
Dunia terbalik… couple disanjung, yang dah kahwin dihina. Memang satu saja dosa dalam Al-quran ke? Tak bertudung sahaja? Zina memang dapat pahala ke macam mana sekarang?
Mulut celupar, sesama manusia maki-hamun memang auto pahala masuk syurga ke? Ingat, dosa sesama manusia, kena minta maaf.
Jangan rasa power dah maki-hamun buat orang tergores hati. Tak tentu dimaafkan.
Sanggup dapat dosa
Dalam pada itu, pelantun lagu Sakit ini mengucapkan terima kepada individu yang tak henti mengumpat kerana telah menyumbang pahala.
Duduk cakap fasal dosa ini, yang kutuk-kutuk tu terima kasih la beri pahala dekat orang sampai sanggup gadai diri untuk dapat dosa.
Terdahulu, Yonny dan Nazira berkahwin pada 20 November tahun lalu di Duchess Place, Ampang selepas sebulan mengikat tali pertunangan.
Sumber: Instagram @yonnyboii