Trending di Twitter, pengguna media sosial mendedahkan semula rakaman pendek menyaksikan seorang Youtuber Korea terkenal di Malaysia didakwa merogol seorang gadis Muslim. Dipercayai kes itu telah berlaku pada sekitar Jun 2019. Pendedahan rakaman tersebut mula dimuatnaik semula kerana pihak polis negara itu didakwa tidak mengambil tindakan. Jadi, mangsa bertindak viralkan semula video tersebut untuk mendapatkan keadilan.
Didakwa cuba merogol wanita
Video yang dikongsikan pengguna TikTok menyaksikan Youtuber Korea itu sedang memakai seluar setelah menodai seorang wanita. Laporan mengenai Youtuber itu telahpun dilaporkan kepada pihak polis Korea Selatan. Namun, didakwa tiada apa-apa tindakan yang diambil sehingga ke hari ini.
Mangsa mengakui mempunyai bahan bukti tindakan suspek. Youtuber itu bagaimanapun telah memadam permohonan maaf atas tindakannya dan menyekat (blocked) akaun media sosial mangsa. Permohonan maaf tersebut dipercayai untuk memanipulasikan pengikutnya di laman Youtube.
Hampir setahun kejadian itu, mangsa akan bertindak untuk mengemukakan saman demi mendapatkan keadilan ke atas dirinya.
Dia didakwa mabuk
Pengakuan ini pernah didedahkan seorang lagi pengguna Twitter iaitu Chewykiss yang mengakui merupakan sahabat kepada mangsa. Tambahnya, Youtuber tersebut bertindak telah merogol mangsa di sebuah apartmen. Suspek dikatakan mabuk dan dibantu oleh dua kenalan wanita dan dibawa pulang ke rumah mereka. Mereka telah memberi air dan sedikit makanan kepada Youtuber itu bagi menyedarkan suspek semula daripada mabuk. Malang, lain pula yang terjad.