berita

Yuna Bakal Sertai Label David Foster, Sebaris Diana Krall & Queen Latifah

January 3rd, 2013 | by Ai
Hollywood

Belum pun sampai  2 tahun rasanya Yuna menjadi artis rakaman Fader Label, kini timbul berita mengatakan Yuna bakal menyertai label muzik yang terkenal, Verve Music.

Dipengerusikan oleh David Foster, 63, Verve Music Group adalah sebuah syarikat rakaman yang telah membawa banyak nama terkenal seperti Etta James, Diana Krall, Queen Latifah, Louis Armstrong, Daryl Hall dan ramai lagi. Melalui laman Twitter David Foster, beliau sendiri telah mengesahkan penyertaan Yuna tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Yuna telah menyertai Fader label pada bulan Februari 2011 dan sepanjang bersama Fader Label, Yuna telah mencipta nama di Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, Yuna semalam telah mengesahkan bahawa dia menarik diri dari Anugerah Juara Lagu ke 27.

SKIP THIS AD ×