berita

Yuna Cover Lagu “Here Comes The Sun” Untuk Filem Lakonan John Travolta

July 2nd, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Wahhhh, semakin bertambah-tambah rezeki dan populariti Yuna sekarang.

Terbaru, lagu cover Yuna berjudul “Here Comes The Sun” nyanyian asal kumpulan lagenda, The Beatles, telah digunakan sebagai lagu tema untuk filem terbaru lakonan John Travolta. Filem bertajuk “Savages” itu telah diarahkan oleh Oliver Stone, yang juga permah mengarahkan filem bertajuk “Wall Streets : Money Never Sleeps”.

Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan pencapaian Yuna. Inilah baru kita katakan kualiti seimbang dengan populariti. Bukan populariti yang dikejar, tapi kualiti? Macam bontot kuali.