berita

Yuna & Juliana Evans Selamat, Tempat Liyana Jasmay Bakal Dilanda Taufan Sandy

October 31st, 2012 | by Ai
Kini Trending

 

Menurut laporan media tempatan, sekurang-kurangnya lebih 84 terkorban (setakat jam 9 malam tadi) apabila Taufan Sandy membawa angin kuat dan hujan lebat di timur laut Atlantik membadai New York, Amerika Syarikat (AS), awal pagi semalam.

Berikutan bencana tersebut, semua pengangkutan awam di Amerika Syarikat seperti kereta api bawah tanah, bas dan kereta api antara wilayah dihentikan. Kota itu juga bergelap akibat terputusnya bekalan elektrik dan kejadian itu dilaporkan sebagai bencana alam paling teruk yang melanda kota metropolitan itu.

Meskipun begitu, media tempatan melaporkan bahawa semua rakyat Malaysia yang berada di sana berada dalam keadaan selamat, termasuklah tiga artis kita yang kini menetap di sana iaitu Liyana Jasmay, Juliana Evans dan Yuna Zarai.

Menurut Yuna dan Juliana Evans, tempat mereka yang masing-masing terletak di kawasan Malibu dan Michigan berada dalam keadaan selamat dan tidak dilanda Taufan Sandy.

Kawasan yang didiami oleh Liyana Jasmay bagaimanapun menghadapi sedikit gangguan bekalan elektrik, tetapi masih berada dalam zon selamat.