berita

Yuna Mendominasi Shout Awards 2012

November 24th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Semalam telah berlangsungnya majlis berpestij Shout Award 2012 yang disiarkan secara langsung dari Surf Beach, Sunway Lagoon.

Majlis penuh meriah ini telah dihangatkan lagi dengan persembahan khas artis K-Pop terkenal iaitu Vixx dan Nu’est.

Bagi Shout Awards kali ini, penyanyi terkenal Yuna telah memonopoli dua buah kategori iaitu PopStar Award dan Wired Celebrity Award, secara tidak langsung menewaskan artis-artis hebat yang lain seperti Dato’ Siti Nurhaliza dan juga Jaclyn Victor.

Selain dua kategori tersebut, Yuna turut tercalon untuk tiga lagi kategori iaitu Power Vocal Award, Music Video Award serta Fresh TV Series Award.

Berikut merupakan senarai penuh pemenang-pemenang untuk setiap kategori yang dipertandingkan :

PopStar Award – Yuna

Best On – Screen Chemistry Award – Johan & Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)

Breakthrough Local Feature Award – Songlap

Fresh TV Series Award – Versus

Flava Award – Black ft Malique

Favourite TV Personality Award – Zizan Razak (Raja Lawak Musim 6)

RockStar Award – Bunkface

Coolest Radio Announcer Award – Hunny Madu (Fly FM, Malaysia’s Hottest Music)

Break Out Award (Best New Act) – Massacre Conspiracy

Favourite Radio Show Award – Top 5 Panggilan Hangit, Hot FM

Power Local Award – Shila Amzah

Shout! Aloud Award (Social Media) – MatLuthfi90

Wired Celebrity Award – Yuna

Hot Guy Award – Aaron Aziz

Hot Chick Award – Nora Danish

Favourite TV Program Award – Showdown 2012

Music Video Award – Mizz Nina (With You)

Ultimate Shout Award (Canon) – KRU

SKIP THIS AD ×