berita

Yuna Tidak Menolak Sekiranya Bertemu Jodoh Dengan Julian

January 21st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Yuna

Yunalis Zarai merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri seni suara tempatan dan kini namanya semakin melonjak naik sehingga mendapat perhatian oleh syarikat rakaman luar negara.

Namun begitu, setelah hubungan cintanya bersama pelakon dan pengacara terkenal, Qi Razali putus di tengah jalan sejak September tahun lalu, nama Yuna mula dikaitkan dengan jejaka Mat Saleh yang dikenali sebagai Julian Schratter.

Berhubung kes tersebut Yuna telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya dan jejaka tersebut hanya sekadar kawan dan mereka mula rapat sejak November tahun lalu.

“Dia kawan saya. Sebenarnya dia dah lama nak datang ke Malaysia tapi dia tak kenal sesiapa di sini. Jadi masa bulan November tahun lalu saya balik ke sini dan kebetulan saya terlibat dengan banyak majlis hiburan, konsert jelajah dan persembahan.”

“Jadi saya katakan padanya, dia boleh jadi jurugambar saya. Memang sepanjang dia kat sini, tugas dia ambil gambar saya.”

Mengulas lebih lanjut mengenai kes tersebut, Yuna akui dia tidak akan menolak sekiranya jodohnya bersama Julian dan begitu juga dengan keluarganya.

“Jodoh kita tak tahu… Saya pun single. Walaupun berlainan agama, bagi saya kita semua sama. Saya tak judgemental, begitu juga dengan keluarga saya.

“Tapi buat masa sekarang, saya nak fokus pada karier. Umur saya dah 27 tahun, saya tak boleh nak buang masa lagi. Banyak lagi perkara yang saya nak capai dalam karier,” ujar Yuna menerusi laporan Malaysian Digest.