berita

Yuna Zarai Tampil Matang Dengan Nocturnal

November 11th, 2013 | by Ai
Kini Trending

yuna Nocturnal Listening Party with collaboration with MAS & Google-30

Jika minggu lepas OHBULAN! telah menyiarkan MV terbaru Yuna berjudul Rescue, hari ini kami mahu kongsikan kepada anda mengenai album terbaru Yuna, Nocturnal.

Untuk makluman, Yunalis Zarai atau lebih dikenali dengan nama Yuna, telah melancarkan album terbarunya yang dirakamkan di Los Angeles pada 29 Oktober di Amerika Syarikat.

Baru-baru ini pula, Yuna dengan rasminya telah mengadakan pelancaran album Nocturnal tersebut di pejabat Google Malaysia pada 7 November bertempat di Quill 7, KL Sentral.

yuna Nocturnal Listening Party with collaboration with MAS & Google-23

Selain itu, Yuna juga turut mendendangkan beberapa buah lagu terbarunya dari album Nocturnal semasa sesi pelancaran album tersebut.

Menurut Yuna, dia kini lebih yakin dengan dendangan muzik terbarunya dalam album Nocturnal. Ini kerana, album tersebut sedikit sebanyak menonjolkan kematangannya dalam industri muzik. Lagu-lagu dalam album Nocturnal ini juga mempunyai rentak yang lebih enjoy dan catchy jika dibandingkan dengan albumnya sebelum ini.

Selain duduk dibawah naungan Verve Records, Yuna juga mendapat sentuhan yang hebat apabila bergabung dengan penerbit terkenal, Robin Hannibal untuk lagu Falling.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album Nocturnal termasuklah Falling, Mountains, Rescue, Lights And Camera, Lovely Intermission, Someone Who Can, I Want You Back, Come Back, Colors, I Wanna Go dan Escape.

Jadi, bagi anda yang masih belum mendapatkan album Nocturnal, cepat dapatkan albumnya yang asli. Apa-apa pun, tahniah Yuna!

Mari dengar salah satu lagu kegemaran kami dari album terbaru Yuna selepas ini.

SKIP THIS AD ×