
Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam mengakui masih belum terfikir untuk meninggalkan kerusi pengarah meskipun usianya kini mencecah 72 tahun.
Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Maafkan Tisha Shamsir, Harap Ambil Iktibar – ‘Tiada Dendam, Setiap Orang Ada Khilaf’
Tangguh niat bersara

Yusof berkata, dia bimbang akan berasa bosan sekiranya hanya menghabiskan masa di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan meskipun pernah memasang hasrat untuk bersara seawal usia 60 tahun.
Dulu saya pernah fikir mahu berhenti pada usia 60 tahun, tetapi bila fikir balik saya rasa akan jadi bosan.Kemudian saya tangguh mahu berhenti pada usia 70 tahun, pun tidak berhenti juga.
Sebenarnya saya tidak berhenti kerana tawaran program sentiasa bersambung-sambung. Stesen televisyen masih meminta saya hasilkan drama, daripada zaman Gerak Khas sampailah sekarang projek Peronda.
Selagi ada rezeki dan peluang yang diberikan Tuhan, saya teruskan sahaja. Isteri saya bising juga. Ada satu sudut di hujung bilik memang khas untuk saya buat skrip sampai larut malam. Semangat saya masih kuat.
Saya ambil contoh pemimpin kita seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih memimpin negara ketika usia menghampiri 80 tahun, begitu juga Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu mentadbir dulu. Mereka masih kuat.
Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis Tribute Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara bersama Noor Kumalasari bersempena Festival Filem Malaysia ke-25 yang berlangsung di FINAS, Ulu Klang, pada Khamis.
Becerita lanjut, Yusof berkata, anak perempuannya iaitu Syamin Yusof juga pernah menasihatinya supaya berehat daripada dunia seni.
Anak perempuan saya pernah cakap, ‘papa dah lah, papa dah banyak hasilkan filem dan drama hebat’. Tapi saya jawab ‘tidak’, selagi mampu saya akan teruskan.
Saya bekerja bukan untuk diri saya, saya ada pekerja-pekerja yang bekerja dalam syarikat saya. Walaupun untung sesebuah projek itu tidak besar, tetapi setidaknya nasib mereka terbela.





![[VIDEO] Kak KM Belum Sedia Tunai Haji, Luah Hasrat Untuk Bertudung – ‘Tak Sesuai Hajah Dengan Imej Macam Ini’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/kak-km-asni.jpg)


