berita

Fahrin Ahmad & Erra Fazira Sah Jadi Hos ‘Festival Filem Malaysia Ke 25’

February 19th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2013-02-19 at 1.07.29 PM

Jika Festival Filem Malaysia edisi lepas (FFM 24) menyaksikan Ogy Ahmad Daud & Johan Raja Lawak digandingkan sebagai hos. Kali ini, dua pelakon popular iaitu Fahrin Ahmad & Erra Fazira disahkan bakal berganding bagi hos FFM edisi ke 25 tahun ini.

Selepas melalui pelbagai kontroversi seperti isu komunikasi diantara Johan dan Ogy dan juga penangguhan acara ini sejak penghujung tahun lalu, FFM 25 melalui sidang akhbar yang berlangsung sekitar jam 11 pagi tadi mengesahkan acara berprestij ini akan berlangsung pada 2 Mac di Putrajaya International Convention Center (PICC).

Belum pernah lagi dilihat Fahrin dan Erra bergandingan sebagai hos untuk mana-mana acara atau rancangan, OHBULAN! pasti mereka berdua mampu memberikan kelainan sesuai dengan konsep dan tujuan FFM dianjurkan. FFM kali ini juga akan disiarkan secara ‘live’ dalam definisi tinggi (HD) di Astro Mustika HD dan definisi standard di Astro Ria & TV2.

Bagi yang tidak pernah tahu, Festival Filem Malaysia diadakan bagi mengiktiraf dan menghargai serta menilai mutu kerja filem sepanjang tahun (Wiki). FFM edisi lepas menyaksikan filem ‘Hikayat Merong Mahawangsa’ arahan Yusry Abdul Halim merangkul anugerah ‘Filem Terbaik’.