Anak kepada pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha mencuri perhatian warganet di laman TikTok. Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah kelihatan riang membuka sampul duit raya selepas seminggu beraya.
Artikel Berkaitan: ‘Nada Suara Saya Lembut Tapi Tegas Dengan Anak-Anak’ – Hanis Zalikha
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Pernah Rotan Atau Cubit Anak-Anak’ – Hairul Azreen
Buka sampul duit raya
@haniszalikhaMoney! Mr.Krab money!? Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey
Menerusi video yang dimuat naik di akaun Hanis memaparkan gelagat Yusuf dan Alisa membuka setiap sampul hasil pemberian keluarga dan kenalan rapat.
Terukir senyuman di raut wajah dua adik beradik ini melihat jumlah wang ringgit biarpun nilainya RM1.
Apa yang lebih menyentuh hati, Yusuf yang berumur tujuh tahun itu menadah tangan melahirkan rasa syukur dengan rezeki yang diterima.
Terima kasih untuk segalanya. Ya Allah tolong beri ganjaran kepada semua orang yang buat saya gembira.
Didikan yang bagus
Di ruangan komen, rata-rata wargamaya memuji dengan cara didikan Hairul dan Hanis yang mengajar anak-anak mereka untuk menghargai setiap pemberian yang diterima.
Anak Hanis pun teruja dapat duit seringgit. Anak orang biasa mengeluh kalau dapat. Adab nombor satu.
Suka dengan cara Hanis dan Hairul membesarkan anak mereka.
Bila didikan yang betul pada anak-anak, nilai tidak penting.
Hanis ajar anak doakan orang lain. Fuh hebat.
Home education another level. Bersyukur kemudian berdoa.
Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan Hairul pada Jun 2015 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: TikTok @haniszalikha