Pelakon, Zahiril Adzim meluahkan hasrat untuk mengubah tabiat gaya hidupnya yang sebelum ini memulakan pagi dengan secawan kopi.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Tanam Dalam Kepala, Nak Murah Rezeki Kena Bahagiakan Isteri’ – Zahiril Adzim

Artikel Berkaitan: Zahiril Adzim Tak Kisah Berganding Dengan Heroin Kontroversi, Isteri Pesan Jaga Diri Di Set Penggambaran

Habit

View on Threads

Menerusi perkongsian di Threads, Zahiril, 41, berkata tabiat itu sering ditegur isterinya dan juga doktor yang menasihatinya supaya lebih berhati-hati demi kesihatan.

Menurut Zahiril, dia turut bimbang pengambilan kopi yang berlebihan akan memberi kesan buruk kepada kesihatannya jika tidak diubah.

Kalau bangun sekitar 5 atau 6 pagi, kortisol kita tengah tinggi kan? Agak-agaknya seawal jam berapa yang sebaik-baiknya untuk caffein intake?

Sebelum ini, saya jenis celik mata je kopi dulu tapi nak ubah habit ni sebab isteri dan doktor dah tegur.

Takut malaikat maut pula yang tegur, itu jam apa pun tak sempat dah

Cadangan netizen

Perkongsian itu kemudian menyorot perhatian netizen yang rata-ratanya turut memberikan pendapat dan cadangan yang berguna kepada Zahiril.

Segelintir netizen mencadangkan pengambilan kopi dibuat selepas jam 10 pagi atau pada waktu petang, kerana ketika itu tahap kortisol lebih rendah.

Sumber: Threads