Tindakan seorang individu mendoakan kematian Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang sedang dirawat di hospital mendapat perhatian pelbagai pihak dengan menyifatkan individu tersebut seorang biadab dan melampaui batas.
Artikel Berkaitan: ‘Kepada Pak Cik Zaki Yamani, Awak Dah Buat Saya Kena Marah & Huru Hara Nama Saya Hari Ini’
Permohonan maaf
Menerusi ciapan, pengguna Twitter berkenaan yang dikenali sebagai Zaki Yamani tampil memohon maaf secara terbuka selepas ciapan tular tersebut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengambil perhatian ciapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri dan pandangan rakan-rakan, saya memohon maaf kepada isteri-isteri dan keluarga Tan Sri Abdul Hadi Awang andai ciapan saya ini mengguris perasaan.
Terdahulu, Anwar yang kesal dengan ciapan berkenaan menggesa permohonan maaf segera dilakukukan oleh individu tersebut.
Dalam pada itu, penyanyi meningkat naik Zaki Yamani turut mendapat tempias apabila ramai yang salah sangka dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri berikutan nama individu tersebut sama seperti namanya.
Zaki juga mendapat teguran daripada bapanya iaitu Datuk Jamal Abdillah ekoran ciapan tersebut dengan menasihatinya agar berhati-hati dalam memberi kenyataan berkaitan politik.
Sumber: Twitter