Pelakon Zalif Sidek meluahkan rasa teruja serta bersyukur selepas isterinya selamat melahirkan puteri sulung mereka di sebuah pusat perubatan di Kuantan, Selasa lalu.
Artikel Berkaitan: Baru 4 Hari Bersalin, Dr Amalina Dah Bawa Bayi Bersiar-Siar, Netizen Minta Kongsi Tips
Artikel Berkaitan: Penantian Selama 8 Tahun Berakhir, Jehan Miskin &Isteri Timang Cahaya Mata Sulung
Selamat timang cahaya mata perempuan
Menurut Zalif, isterinya, Anis Marzuki sepatutnya bersalin secara normal, namun akibat proses pembukaan rahim yang perlahan, pasangan ini dinasihatkan untuk menjalankan pembedahan.
Mulanya memang isteri akan bersalin secara normal tapi lepas menunggu hampir 13 jam, bukaan rahim masih lagi kecil, jadi doktor nasihatkan untuk bedah.
Bagaimanapun, pelakon filem Daddyku Gengster berasa lega apabila kedua insan tersayang selamat dan berada dalam keadaan sihat.
Alhamdulillah, tepat jam 9.15 malam lahirlah puteri sulung kami. Saya sangat bersyukur isteri selamat bersalin dan kedua-duanya dalam keadaan sihat dan baik.
Dalam pada itu, Zalif sudah pun mengosongkan jadual kerjanya bagi memberi fokus memandangkan isterinya menjalani proses berpantang di rumah mentuanya di Kuantan.
Saya pun memang dah kosongkan jadual sepanjang Januari untuk beri fokus pada isteri dan anak. Selepas ini, saya akan ulang-alik dari KL ke Kuantan dalam tempoh isteri berpantang, ibu mentua saya akan jaga dia.
Sumber: Media Hiburan