Pengarah dan pelakon Aziz M Osman membuat keputusan untuk bersara daripada bidang pengarahan filem mahupun drama.

Artikel Berkaitan: ‘Tonton Stesen TV Dari Android Box Sama Seperti Sokong Pencuri’ – Aziz M Osman

Artikel Berkaitan: ‘Masalah ‘Rumah Tangga’ Perlu Diselesaikan Secara Dalaman Bukan Cerita Pada Orang Luar’ – Aziz M Osman

Bersara jadi pengarah

Ketika ditemui OhBulan!, Aziz atau nama lengkapnya Abdul Aziz Othman, 63, berkata, keputusan itu dibuat setelah menilai perjalanan kerjayanya dan perubahan lanskap industri seni tempatan.

Yang mana memang saya dah umumkan yang memang saya ni hampir hendak bersara daripada mengarah. 

Saya tak nak mengarah kerana saya tahu zaman saya sudah habis. Kebanyakkan, ramai karyawan-karyawan dunia walaupun mana dia dah pergi jauh, nama dia tinggi tetapi sampai masanya dia akan, bukan kata kecundang, bukan kata menurun, tetapi dia, populariti dia tu. 

Dalam pada itu, Aziz turut memjelaskan salah satu alasan lain dia memilih untuk berhenti mengarah adalah dengan menyedari perubahan citarasa dan fokus penonton masa kini.

Zaman sekarang ni, orang memilih jenama, brand. Jadi brand saya ni brand lama, jenama lama bukan kata tak bagus, cuma tak hype. Tak, tak slay. Saya kena terima kenyataan.

Bukan saya bersara dalam industri ni sebagai penerbit dan penulis skrip, tapi untuk pengarah saya rasa dah cukuplah.

Aziz berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media Muzikal Lawak Superstar 5 yang berlangsung di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ditanya mengeani penglibatannya dalam program Muzikal Lawak Superstar, Aziz meluahkan rasa syukur dan menganggap peluang itu sebagai satu rezeki.

Saya anggap ini satu rezeki. Ini merupakan satu pengalaman baru. Mengarah pentas dengan mempersembahkan di pentas tu lain. 

Jadi ini merupakan satu cabaran bagi saya. Saya tak tahu saya punya bakat tu. Kerana bagi saya, yang penting sekali orang yang menilai bakat kita. Saya menerima kerana saya anggap ini satu penghormatan.