Pelakon, Zara Zya mengakui dia juga mempunyai impian yang sama seperti wanita lain untuk memiliki pasangan hidup.

Artikel Berkaitan: Individu Tinggal Komen Lucah, Zara Zya Anggap Kurang Ajar – ‘Kasihan Pada Diri & Keluarga Kamu’

Artikel Berkaitan:  [VIDEO] Zara Zya Digelar ‘Wanita Kanser’, Dedah Terima Mesej Negatif – ‘Jangan Pandang Rendah Pada Orang Seperti Saya’

Impian

Menerusi perkongsian di Threads, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin berkata bagaimanapuna hasratnya untuk menamatkan zaman bujang masih belum dicapai.

Semua orang ada impian. Saya pun ada. Ingin mempunyai pasangan.

Bercerita lanjut, pelakon drama Sumpah Ibuku itu berkata sehingga kini tiada lelaki yang berani mendekatkan diri dengannya.

Kata Zara, hal itu berkemungkinan terjadi kerana dirinya terlihat tegas menjadikan salah satu sebab tiada yang mendekatinya.

Tapi nak buat macam mana, belum ada yang sudi datang jumpa dan approach. Saya ni menyeramkan kot.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian orang ramai yang kebanyakan mendoakan agar aktres itu bertemu jodoh dengan lelaki baik.

Sumber: Threads